Sya'ban dan kelebihannya.
Pejam celik, pejam celik, kita dah berada di pertengahan bulan Sya'ban. Bulan yang penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.
Di bulan inilah kita digalakkan melipat gandakan amalan kebaikan yang dituntut, berdoa kepada Allah, berzikir daan berselawat kepada Rasulullah dan bertaubat.
Semoga segala amalan kita di terima Allah.
Berikut antara amalan-amalan sunat yang digalakkan dalam bulan Sya'ban:
·
Berpuasa
Sunat
·
Berdoa,
berzikir, berselawat dan bertaubat
·
Memperbanyakkan
amalan takwa
·
Solat
lima waktu secara berjemaah
·
Memperbanyakkan
solat sunat terutamanya solat malam hari
·
Melakukan
amal kebajikan
·
Memohon
keampunan ibu bapa
·
Menjauhkan
diri dari maksiat dan dosa
·
Bersedekah
kepada golongan yang memerlukan
·
Berusaha
mendapatkan keredhaan Allah dalam setiap amal kebajikan yang dilakukan
·
Memohon
semoga terhindar dari segala bencana dan malapetaka
·
Menghidupkan
malam Nisfu Sya'ban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat,
beristighfar dan berzikir.
Kita juga digalakkan berpuasa di bulan Sya'ban kerana selain menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, ia juga mempunyai kelebihan.
Sabda Rasulullah SAW: "Bahawa Sya'ban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Sya'ban lah, semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat oleh AN-Nasa'i dan Ahmad).
Antaranya:
1.
Berpuasa
sehari di bulan Sya'ban
2.
Berpuasa
tiga hari pada permulaan, tiga hari dipertengahan dan tiga hari di akhir bulan
Sya'ban
3.
Berpuasa
tiga hari kemudian berselawat tiga kali sebelum berbuka puasa
4.
Berpuasa
pada hari khamis pertama dan khamis terakhir di bulan Sya'ban
5.
Berpuasa
pada hari isnin terakhir dalam bulan Sya'ban
6.
Berpuasa
sebulan di bulan Sya'ban
Kelebihan
yang Allah berikan dalam bulan ini amat banyak. Namun sebagai umatnya janganlah
kita hanya melakukan segala amalan ini kerana berharap memperoleh ganjaran itu
semata-mata. Sebaliknya lakukanlah kerana keutamaan dalam beribadat dengan
ikhlas mencari keredhaan Allah SWT.
*
sumber diperolehi dari http://shafiqolbu.wordpress.com