Pages - Menu

Tuesday, April 12, 2011

TUJUH PAHALA TETAP KEKAL SELEPAS MATI


Assalamualiakum warahmatuLLAH..

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Apabila telah mati anakAdam itu, maka terhenti amalnya melainkan tiga macam.” Amalan ini ialahsedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dandiamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan perkara baik baginya.(Imam Bukhari)

Apakah pahala yang dapat diterima seseorang selepas kematiannya?

Dalam hal ini, diriwayatkan daripada Anas bahawa ada tujuh pahala yang dapatditerima seseorang selepas mati, iaitu:

1. Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanyas elagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanaman, selagi ada yang memakannya sama ada manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak soleh yang dia selalu mendoakan kedua-dua orang tuanya dan beristighfar baginya. Selain itu,anak yang selalu diajar ilmu Al-Quran, maka orang yang mengajarnya mendapat pahala, selagi anak itu mengamalkan ajaran tanpa mengurangi pahala anak itu.

Sekian, Wallahu a’lam.