Pages - Menu

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru



Esok tanggal 16 Mei 2011, tarikh yang amat diingati dan  keramat bagi semua warga pendidik di Malaysia.

"SELAMAT HARI GURU 2011"
Selamat Hari Guru buat semua warga guru di Malaysia, Buat cikgu yang pernah mendidik dan mangajar saya, selamat Hari Guru semoga ilmu yang diberikan sentiasa menjadi amalan sepanjang hayat dan jasa kalian sentiasa terpahat dalam ingatan. Semoga Cikgu-cikgu sentiasa dirahmati ALLAH...Insya Allah. Teruskan perjuangan kalian.......Terima Kasih CIKGU-CIKGUKU.
 

Lirik Lagu Tema Hari Guru 2011


GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI 
 
GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN
PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA
 
 

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
 
 

Hayati lagu dibawah khas untuk insan yang bergelar GURU  
 
Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu

Luas lautan baktimu guru
Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi

Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan
Sayup dihatimu
Walau pedih jalanmu

Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan
Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu

Oh Tuhan
Rahmati guru
Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang


Selamat hari guru buat semua. Kerana kita semua adalah pernah dididik dan diajar oleh seorang yang bergelar guru sehinggalah ada di kalangan kita yang menjadi pendidik dalam perkongsian ilmu meskipun ada yang bukan bergelar guru sekolah. 
*termasuklah guru memasak, guru mengaji, guru lesen memandu dan guru-guru lain*